Sunday, 27 April 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

    Pada 28.04.2014, SMK Kuala Tembeling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut telah diadakan pada 23 - 24 April 2014.
        Seramai 39 orang pelajar dan 5 orang guru telah terlibat dengan rombongan tersebut. Guru-guru yang terlibat ialah Tuan Haji Mohd Zamri Bin Yusof, En Mohd Idham Bin Suhami, En Mohd Firdaus Bin Pauzi, Cik Roshanaida Binti Abd Khalid dan Puan Norma Binti Abd Manam.
        Tempat-tempat yang dilawati adalah Balai Seni Lukis Negara, Istana Budaya, Perpustakaan Universiti Malaya,Muzium Asia Universiti Malaya, Pesta Buku Antarabangsa PWTC.Disana,terdapat banyak gerai buku yang menjual pelbagai jenis buku dengan harga yang berpatutan.
Seterusnya,kami melawat ke Petrosains.Disitu, terdapat pelbagai perkara yang berkaitan dengan sains telah dipelajari.Di Muzium Coklat,pelajar dapat menyaksikan cara-cara membuat coklat.
      Selepas itu,pelajar bertolak pulang ke SMK Kuala Tembeling.Banyak ilmu dan pengalaman telah ditimba oleh para pelajar sepanjang lawatan diadakan.
























Laporan disediakan oleh :
Siti Maisarah Binti Abdul Karim (5S 2014)
Intan Nur Anyra Bt Jamaluddin (5S 2014)