Thursday, 1 May 2014

BENCANA ALAM DI SMKKT



          Pada 27.04.2014 hari ahad yang lalu, telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini oleh semua warga sekolah dengan musibah ribut yang melanda di SMK Kuala Tembeling.
         Ribut ini telah berlaku pada pukul 6.47 petang, ketika pelajar asrama sedang menikmati juadah makan malam. Ribut tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang berlaku di SMK Kuala Tembeling. Antara kemusnahan yang berlaku adalah atap dewan makan asrama telah tercabut, bilik asrama aspura dimasuki air hujan dan tidak lupa juga, bilik kemahiran hidup (ERT) dan kawasan lain di sekolah.
      Selepas ribut melanda, pelajar asrama telah di duga dengan ketiadaan bekalan elektrik yang di sebabkan pokok tumbang akibat ribut melanda.    






Di Sediakan Oleh 


Ahmad Taqyuddin ( 5S 2014)
Kelab ICT  SMK Kuala Tembeling




Sunday, 27 April 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

    Pada 28.04.2014, SMK Kuala Tembeling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut telah diadakan pada 23 - 24 April 2014.
        Seramai 39 orang pelajar dan 5 orang guru telah terlibat dengan rombongan tersebut. Guru-guru yang terlibat ialah Tuan Haji Mohd Zamri Bin Yusof, En Mohd Idham Bin Suhami, En Mohd Firdaus Bin Pauzi, Cik Roshanaida Binti Abd Khalid dan Puan Norma Binti Abd Manam.
        Tempat-tempat yang dilawati adalah Balai Seni Lukis Negara, Istana Budaya, Perpustakaan Universiti Malaya,Muzium Asia Universiti Malaya, Pesta Buku Antarabangsa PWTC.Disana,terdapat banyak gerai buku yang menjual pelbagai jenis buku dengan harga yang berpatutan.
Seterusnya,kami melawat ke Petrosains.Disitu, terdapat pelbagai perkara yang berkaitan dengan sains telah dipelajari.Di Muzium Coklat,pelajar dapat menyaksikan cara-cara membuat coklat.
      Selepas itu,pelajar bertolak pulang ke SMK Kuala Tembeling.Banyak ilmu dan pengalaman telah ditimba oleh para pelajar sepanjang lawatan diadakan.
























Laporan disediakan oleh :
Siti Maisarah Binti Abdul Karim (5S 2014)
Intan Nur Anyra Bt Jamaluddin (5S 2014)




   

VIDEO LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SMK KUALA TEMBELING


Monday, 21 April 2014

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT SMK KUALA TEMBELING

SMK Kuala Tembeling telah melancarkan Program Membaca Bersama Untuk 10 Minit pada hari Selasa, 22 April 2014. Program tersebut telah berlangsung di dua lokasi iaitu di Dewan Bestari SMK Kuala Tembeling dan di dalam kelas. Dewan Bestari SMK Kuala Tembeling telah menempatkan pelajar menengah rendah manakala, pelajar menengah atas ditempatkan di dalam kelas masing-masing.
















Wednesday, 16 April 2014

KURSUS KEPIMPINAN DAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SMK KUALA TEMBELING 3-5 APRIL 2014

SMK Kuala Tembeling telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan dan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di Pusat Ko-kurikulum, Pedah, Jerantut pada 3 hingga 5 April 2014. Program tersebut telah disertai oleh 107 orang pelajar dan 27 orang guru. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rafid bin Fateh Mohamed, Pengetua SMK Kuala Tembeling. Berikut merupakan gambar aktiviti  sepanjang program tersebut berlangsung.
















Penutupan dari Tuan Pengetua SMK Kuala Tembeling