Thursday, 1 May 2014

BENCANA ALAM DI SMKKT



          Pada 27.04.2014 hari ahad yang lalu, telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini oleh semua warga sekolah dengan musibah ribut yang melanda di SMK Kuala Tembeling.
         Ribut ini telah berlaku pada pukul 6.47 petang, ketika pelajar asrama sedang menikmati juadah makan malam. Ribut tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang berlaku di SMK Kuala Tembeling. Antara kemusnahan yang berlaku adalah atap dewan makan asrama telah tercabut, bilik asrama aspura dimasuki air hujan dan tidak lupa juga, bilik kemahiran hidup (ERT) dan kawasan lain di sekolah.
      Selepas ribut melanda, pelajar asrama telah di duga dengan ketiadaan bekalan elektrik yang di sebabkan pokok tumbang akibat ribut melanda.    






Di Sediakan Oleh 


Ahmad Taqyuddin ( 5S 2014)
Kelab ICT  SMK Kuala Tembeling